Tuesday, June 16, 2009

LELAKI KACAK

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw, beliau pernah bersabda yang bermaksud: " Pada hari khiamat nanti, di hadapan ALLAH swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan Malaikat dan sebagainya". Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana akan diterima ALLAH swt.

Terdapat satu cerita bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat: Munkar dan Nakir cuba memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Orang yang kacak tadi akan berkata: "Dia adalah kawan aku. Aku tidak akan meninggalkan nya berseorangan walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Jalankan tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke Syurga".

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Jangan kau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini engkau tidak akan berasa dukacita lagi". Bila selesai pertanyaan, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengentahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang orang yang rugi. Cubalah kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah swt. Bila dia datang kita tidak mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh satu saat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita, Allah swt telah berjanji Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah swt ada benar...wallahua'lam..segala yang baik datang dari Allah swt dan yang buruk datang dari saya sendiri.

No comments:

Post a Comment